Pembiakan Burung But-but Carik Anak

Burung But-but Carik Anak membiak dengan bertelur. Telur Burung But-but Carik Anak bercangkerangkeras.

Sarang di pokok pain.

Musim mengawan bermula selepas monson di selatan India tetapi berbeza di julatnya yang lain tetapi kebanyakannya antara Jun hingga September.[14]Burung But-but Carik Anak memiliki satu pasangan, dan pertunjukkan memikat membabitkan kejar-mengejar di tanah dan burung jantan membawa makanan kepada burung betina. Burung betina merendahkan ekornya dan menjatuhkan sayapnya sebagai isyarat penerimaan. Sarang dibuat sebahagian besarnya oleh burung jantan selama antara tiga hingga lapan hari.[14][15] Sarangnya telong dalam dengan kubah dalam tumbuhan tebal dalam rimbunan pokok memanjat, rumpun buluh atau puncak Pandanus. Ia boleh dibina setinggi 6m dari tanah dan serangkak biasa adalah sekitar 3-5 biji telor. Telor itu (bersaiz 36–28 mm seberat 14.8 g ) adalah putih berkapur dengan kilatan kuning semasa keluar yang kemudiannya menghilang.[16] Kedua-dua burung jantan dan betina bersama-sama membina sarang. 2 hingga 4 biji telor yang dihasilkan akan menetas selepas 15–16 hari dieram. Anak burung mengambil masa 18–22 hari untuk penuh bulu. Kajian di selatan India mendapati bahawa sekitar 77% dari telor menetas dan 67% tumbuh bulu. Sarang dengan telor kadang-kala ditinggalkan atau di rompak oleh Jungle Crow Corvus macrorhynchos.[14]